fbpx

Polis Perlis usaha bawa balik penyeludup Thailand terlibat kes tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURINA (kiri) memberi kata-kata semangat kepada anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar pada semalam.

KANGAR – Polis Perlis mengadakan perbincangan dengan polis Thailand bagi membawa empat penyeludup yang disyaki terlibat dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand ke negara ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memberitahu, usaha sedang dilakukan bagi membawa kesemua warga Thailand tersebut ke negara ini.

“Saya akan berjumpa dengan polis Thailand untuk berbincang bagi membawa penyeludup terbabit ke negara ini,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan bagi kes itu akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan Seksyen 307 KK kerana cubaan membunuh.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang anggota PGA maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan 13 penyeludup ketum dan ubat batuk di kawasan hutan berhampiran pos sempadan Malaysia-Thailand di sini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 PGA Bidor meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Koperal Norihan Tari, 39, parah.

Dua penyeludup berjaya ditahan di lokasi kejadian manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand dengan tiga daripada mereka mengalami kecederaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI