fbpx

MOT kekal pendirian isu dasar kabotaj negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong mempengerusikan sesi dialog bersama syarikat gergasi teknologi iaitu Google, Facebook, Microsoft dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) bagi memberikan pencerahan mengenai Dasar Kabotaj Negara di Kementerian Pengangkutan hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengulangi pendirian bahawa tindakan menarik balik pengecualian dasar kabotaj adalah bertujuan memelihara kepentingan industri perkapalan negara.

Menterinya, Datuk Seri, Wee Ka Siong berkata, keputusan itu bukan untuk menyekat mana-mana pihak termasuk syarikat atau kapal asing, jauh sekali menolak kemasukan pelaburan asing ke dalam negara seperti tuduhan dilemparkan oleh pembangkang.

Beliau berkata, sekiranya kapal tempatan tidak berupaya melakukan kerja-kerja pembaikan kerosakan kabel dasar laut, maka kapal-kapal asing dibenarkan untuk melakukan kerja tersebut.

“Saya telah memberi jaminan, sekiranya kapal tempatan tidak boleh melakukan kerja pembaikan atau berada terlalu jauh daripada tempat yang memerlukan kerja pembaikan, maka kerja tersebut akan diserahkan kepada kapal asing.

“Sudah tentu ada kapal tempatan yang berupaya melakukan kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut, malah kepakaran mereka telahpun digunakan di luar negara seperti  Indonesia, Taiwan dan Jepun,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi dialog bersama syarikat gergasi teknologi iaitu Google, Facebook, Microsoft dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) bagi memberikan pencerahan mengenai Dasar Kabotaj Negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI