fbpx

Jadi artis umpama mimpi – Bowo Alpenliebe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOWO ALPENLIEBE

SELEBRITI media sosial terkenal Indonesia, Bowo Alpenliebe atau juga dikenali sebagai Bowo Mondardo bermula sebagai seorang selebriti TikTok sebelum terjun dalam dunia hiburan.

Dalam satu luahannya baru-baru ini, Bowo mengakui dia langsung tidak pernah berkeinginan untuk menjadi sebahagian daripada selebriti Indonesia.

Apa yang berlaku kepadanya memang sesuatu yang luar biasa.

Remaja berusia 15 tahun itu berkata, menjadi artis merupakan satu peralihan fasa hidup yang sangat mendadak.

“Aku tidak pernah bermimpi akan menjadi artis dan tidak menyangka akan berjaya sehingga ke tahap ini,” katanya yang pernah membintangi sinetron, Madun is Back pada 2018.

Atas pencapaian yang diraih dan kerja keras selama ini, Bowo kini mampu membeli sebuah kereta.

Dia bahkan merancang membeli sebuah kediaman untuk dihadiahkan kepada orang tuanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI