fbpx

IJM peroleh kontrak bernilai RM314.8 juta untuk bina hotel, pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – IJM Construction Sdn. Bhd. (IJM Construction), anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd. (IJM) memperoleh kontrak bernilai RM314.8 juta untuk pembinaan menara hotel dan pejabat setinggi 34 tingkat di The Light City, Gelugor, Pulau Pinang.

IJM Construction menerima surat penganugerahan kontrak berkenaan daripada Laksana Positif Sdn. Bhd., syarikat milik penuh IJM Perennial Development Sdn. Bhd. (IJMPD).

IJMPD merupakan syarikat usaha sama 50:50 antara IJM RE Sdn. Bhd. (anak syarikat milik penuh IJM) dan Perennial Pe­nang Pte. Ltd., subsidiari Pe­rennial Real Estate Holdings Pte. Ltd. yang berpangkalan di Si­ngapura.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM, Liew Hau Seng berkata, kerja pembinaan dijadualkan bermula pada Janua­ri 2021 dan dijangka siap dalam tempoh 45 bulan, iaitu pada Oktober 2024.

“Pembinaan menara dengan luas binaan keseluruhan 77,109 meter persegi itu akan melibatkan sebuah hotel empat bintang dengan 500 bilik.

“Ia merangkumi komponen pejabat terdiri daripada 90 suit pelbagai saiz,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Hau Seng menjelaskan, pe­lantikan IJM Construction me­ru­pakan pengiktirafan terhadap kemahiran dan kebolehan syarikat selain meningkatkan keha­dirannya di Pulau Pinang.

Pada Mac lalu, IJM Construction telah dianugerahkan kontrak bernilai RM140 juta untuk pembinaan hotel setinggi 24 tingkat di Butterworth.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI