fbpx
Shuib terpaksa memanggil lori untuk membuang kopi tersebut ke tempat pelupusan sampah apabila tarikh luput hampir tiba.

Bisnes kopi Shuib gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan dia terpaksa menutup perniagaan kopi yang diusahakannya ekoran tidak dapat bertahan lama di pasaran.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, dia terpaksa menerima kenyataan dan reda dengan keputusannya tersebut memandangkan produknya hanya terjual kurang daripada 3,000 unit selain tidak mendapat permintaan.

“Setelah macam-macam yang saya buat. Semuanya buat sendiri, buat tanpa pengetahuan (ilmu), buat pakai hentam sahaja, Kopi Shuib yang mulanya ada stokis, ejen semuanya hilang dan senyap macam begitu sahaja.

“Walaupun pada dasarnya Kopi Shuib ini sangat berkualiti, tetapi saya kena terima kenyataan tanpa pasukan yang bagus, pemasaran yang bagus, platform yang bagus, sesuatu produk mungkin tak akan boleh bertahan lama dalam pasaran.

“Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2,000 hingga 3,000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik,” tulisnya dalam Instagram.

Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, dia dan isteri tidak mampu berbuat apa-apa sehingga terpaksa memanggil lori datang untuk membuang kopi tersebut ke tempat pelupusan sampah apabila tarikh luput hampir tiba.

Dedahnya lagi, dia mula mengusahakan perniagaan kopi tersebut beberapa tahun lalu sebelum membuka kedai rangkaian minuman jenama Bubble Bee Malaysia. – K! ONLINE