fbpx

Bride Kit set lengkap busana akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUSANA ringkas seperti ini sesuai untuk majlis akad nikah di pejabat kadi.

SEMPENA Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jenama Zaimi Zulkafli melancarkan koleksi busana perkahwinan ready to wear khas untuk pasangan yang berkahwin di pejabat kadi.

Koleksi busana tersebut yang diberi nama Bride Kit menawarkan set lengkap busana perkahwinan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Menurut pemilik jenama tersebut Zaimi Zulkafli,29, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan Bride Kit itu hasil daripada permintaan pelanggan yang ingin mendapatkan busana ringkas dengan harga berpatutan bagi majlis akad nikah.

“Mereka tidak mahu baju terlalu sarat dan harga mahal untuk majlis akad nikah.

“Sehubungan itu, saya menghasilkan Bride Kit yang terdiri daripada set baju kurung dan jubah dengan rekaan klasik, sopan serta selesa,” katanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Terangnya, set baju kurung itu terdiri daripada selendang biku benang perak, selendang dan kasut.

 

BAJU kurung dibuat dengan potongan klasik dan longgar untuk keselesaan bakal pengantin.

 

Zaimi menghasilkan baju kurung dengan potongan klasik dan longgar serta diolah sedikit untuk menampakkan sedikit bentuk badan si pemakai.

“Saya menampilkan perincian sulaman ayak menggunakan benang perak di bahagian hujung selendang dan pada masa yang sama memasukkan elemen tipografi.

“Di hujung pergelangan baju terdapat jahitan mutiara yang menggunakan 50 biji untuk kedua-kedua belah tangan bagi menggambarkan penyatuan dua jiwa,” jelas pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor itu.

Klasik dan mewah

Tambah Zaimi, penggunaan mutiara tersebut bagi menampakkan si pemakai lebih klasik dan mewah.

Sementara itu, bagi set jubah pula, turut disertakan bersama khimar, niqab dan kasut.

“Jubah ini reka sedikit longgar dengan memasukkan elemen kaftan dan moden bersama perincian benang getah, tali serta zip.

“Di bahagian lengan pula direka dengan elemen lipatan untuk menambahkan seri busana terebut,” ujarnya yang mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan koleksi Bride Kit itu.

Bagi penghasilan khimar, ia direka labuh dengan menggunakan potongan 360 dan mempunyai dua lapisan.

 

KASUT polos dengan potongan muncung di hadapan melengkapi set Bride Kit.

 

Di samping itu, niqab juga direka dengan menggunakan dua lapisan kain yang lebih tebal tetapi sejuk pada kulit.

Tidak ketinggalan, Zaimi turut membuat rekaan kasut yang polos dengan potongan muncung di hadapan dan mempunyai ketinggian sederhana iaitu dua inci.

Kesemua koleksi Bride Kit menggunakan fabrik premium iaitu krep satin yang diimport dari Jepun dan kain sifon.

Koleksi tersebut menawarkan saiz bermula S hingga XL yang dijual pada harga RM599 untuk satu set.

Ulas anak ketiga daripada lima beradik itu, koleksi Bride Kit akan mula dijual bermula 26 November ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI