fbpx

PMB terima anugerah tanggungjawab sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – PMB Investment Bhd. (PMB Investment) telah menerima Company of the Year Award for promoting education and investment literacy dalam acara The Sustainability & CSR Malaysia Award 2020. 

Pemilihan tersebut telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut hasil daripada pelaksanaan Program #ArifLabur, yang dianjurkan bertujuan mendidik masyarakat untuk celik pelaburan dan pengurusan kewangan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program #ArifLabur ini telah dibawa ke seluruh negara .

“Program ini dibuka kepada semua secara percuma dan ramai orang telah mendapat manfaat daripadanya.

“Peserta program #ArifLabur didedahkan mengenai peluang pelaburan yang ada selain meningkatkan kemahiran mereka dalam memilih pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. 

Anugerah tersebut telah diterima oleh Ketua Komunikasi Pemasaran Pelaburan Mara mewakili PMB Invesment, Marina Ghazali.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi CSR Malaysia, Datuk R. Rajendran.

Selain itu, Tengku Ahmad Badli menjelaskan, melalui program  #ArifLabur, masyarakat  diberi tips untuk mengenal pasti skim penipuan pelaburan secara online agar mewujudkan kesedaran kepada masyarakat awam berkaitan isu scammer yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

Mengulas lanjut, ia juga adalah untuk memberi kesedaran berhubung pengurusan kewangan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan golongan muda muflis di negara ini selain sebagai   persediaan wang persaraan kepada masyarakat.

“Kejayaan syarikat menerima anugerah ini akan menjadi penyuntik semangat buat kami untuk terus mendidik masyarakat berkaitan ilmu pelaburan dan juga pengurusan kewangan melalui pengalaman kami yang telah berada dalam industri pengurusan saham amanah sejak 1967,” ujarnya.

POPULAR