fbpx

Peniaga kecewa tapak niaga diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aris berdiri di atas tapak pasar pagi dan malam di Jalan Paip Meru.

KLANG – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan asrama pekerja kilang Top Glove Sdn. Bhd. di sini memberikan tempias kepada kira-kira 150 peniaga yang hilang punca pendapatan selama 17 hari sehingga hujung bulan ini.

Kesemua mereka adalah peniaga di pasar pagi dan pasar malam di Jalan Paip Meru yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi PKPD.

Menurut Naib Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor Cawangan Meru Kapar, Mohd.Aris Sulaiman, PKPD mungkin tidak akan diumumkan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan pantas mengekang kes Covid-19 di kalangan pekerja kilang itu sebaik dikesan mereka.

Katanya, sebelum ini peniaga terpaksa berniaga secara bergilir dua kali sebulan mengikut petak perniagaan mereka.

“Kami tertekan disebabkan penutupan tersebut dengan jaraknya agak jauh dari lokasi PKPD.

“Ramai peniaga tidak dibenarkan beroperasi sejak 13 November lalu walaupun PKPD diisytiharkan bermula 17 hingga 30 November, ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mendakwa, kes Covid-19 yang berlaku di kilang itu telah menyebabkan kebimbangan kepada penduduk di sekitar Meru khususnya susulan terdapat pekerja-pekerja asing di kilang itu bebas bergerak di kawasan pekan.

“Sudah kami tertekan hilang punca pendapatan dan kilang itu masih beroperasi seperti biasa dengan kebanyakannya adalah pekerja asing,” jelasnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan PKPD di asrama pekerja Top Glove bermula 17 hingga 30 November hadapan.

Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 215 kes positif Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI