fbpx

Era gemilang Spurs baharu bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Spurs meraikan kejayaan menewaskan City 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Jose Mourinho me­ngakui sangat gembira meraikan ulang tahun pertamanya sebagai pengurus Tottenham Hotspur selepas membantu pasukan itu menewaskan Manchester City 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Mourinho te­lah dilantik sebagai pengendali Spurs untuk menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat pada November tahun lalu dan berjaya membimbing pasukan ke puncak liga ketika ini.

Kata Mourinho, kemenangan yang diraih ke atas The Citizens yang dikendalikan oleh seteru tradisi, Pep Guardiola membuatkannya sangat bangga tetapi percaya era kegemilangan Spurs baru sahaja bermula.

“Saya tidak sangka sudah setahun membimbing pasukan Spurs dan saya sangat gembira terutama apabila dapat membantu pasukan mendapatkan kembali keyakinan selepas apa yang mereka lalui sebelum ini.

“Namun, prestasi yang kami raih ketika ini hanyalah permulaan kerana jika anda lihat berdasarkan rekod semasa, Li­verpool memerlukan lima tahun, manakala City perlukan 10 tahun dan Chelsea 20 tahun sebelum dapat menjulang trofi,” katanya.

Sementara itu, Mourinho percaya anak-anak buahnya berhak mengutip tiga mata penuh ke atas City kerana beraksi dengan lebih cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan selain berjaya mengekang ancaman pasukan lawan.

“Momentum yang dipamerkan oleh pasukan ketika ini membuatkan saya cukup bangga. Mereka telah menunjukkan semangat juang yang jitu dan fokus dalam usaha melakar kemenangan ke atas pasukan yang berkualiti seperti City,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI