fbpx

Wanita patah tangan ketika mendaki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengiringi mangsa yang patah tangan kiri turun ke kaki bukit untuk mendapatkan rawatan selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Ketumbar, Kuala Lumpur. Foto - IHSAN BOMBA KL

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas patah tangan kiri akibat terjatuh sewaktu sedang melakukan aktiviti pendakian di Bukit Ketumbar, Taman Cheras Utama, Kuala Lumpur pagi tadi.

Pasukan Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan.

“Seramai 13 anggota yang menaiki sebuah jentera, sebuah kenderaan EMRS dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras serta (BBP) Bandar Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lapan minit kemudian.

“Anggota bertugas yang tiba di lokasi kemudiannya terpaksa mendaki bukit berkenaan yang memakan masa kira-kira 30 minit sebelum tiba ke lokasi mangsa berada untuk memberikan bantuan,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, pemeriksaan ke atas mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 43 tahun mendapati dia mengalami kecederaan patah tangan kiri akibat terjatuh ketika sedang melakukan pendakian.

“Tindakan anggota seterusnya adalah mengiringi mangsa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada Unit EMRS bagi mendapatkan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Operasi selesai sepenuhnya pada pukul 10.14 pagi selepas mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI