fbpx

Alif Satar kena Covid-19, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUMUMAN pihak TV3 berhubung konsert episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 malam ini yang terpaksa ditunda.

PETALING JAYA – Berikutan penyanyi, Alif Satar disahkan positif Covid-19, program Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) yang sepatutnya berlangsung malam ini terpaksa ditunda ke satu tarikh lain.

Perkara itu diumumkan pihak produksi SFMM35 menerusi satu hantaran di Instagram di sini sebentar tadi.

“Atas langkah keselamatan, SFMM35 episod ketiga pada malam ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Harap maklum kepada semua, segala pemberitahuan akan kami maklumkan,” tulis pihak TV3.

Terdahulu, Alif yang membuat persembahan pada episod pertama SFMM35 pada Jumaat lalu mengumumkan sah positif Covid-19 hari ini.

Pada konsert episod ketiga malam ini, sebanyak lapan buah lagu bakal berentap termasuk Belenggu Rindu nyanyian Datuk Jamal Abdillah duet bersama Wany Hasrita.

Sementara itu, rata-rata netizen turut mendesak agar SFMM35 yang sepatutnya bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam ini dibatalkan.

Netizen berpendapat tindakan itu perlu dilakukan bagi mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI