fbpx

3 individu ditahan miliki kereta klon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu ditahan susulan memiliki kereta klon.

PETALING JAYA – Tiga individu ditahan kerana memiliki kenderaan klon dalam Ops Kenderaan Klon di sekitar Banting dan Kajang, Selangor serta Rembau, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, operasi dijalankan hasil maklumatdan risikan Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman.

“Bertindak atas maklumat, anggota bertugas menghampiri seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Telok Panglima Garang, Selangor pada pukul 3 petang dan melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Honda Civic milik lelaki tersebut.

“Pemeriksaan mendapati nombor enjin serta casis kereta itu tidak sama dengan yang didaftarkan. Dia ditahan kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nadzri, pihaknya kemudian pergi ke sebuah bengkel membaiki kereta di Taman Bukit Mewah, Kajang pada pukul 6 petang hari sama dan menghampiri seorang lagi lelaki warga Indonesia yang sedang memegang dua alat kawalan jauh kereta jenis Audi A4 dan Mini Cooper S.

“Pemeriksaan ke atas nombor casis mendapati kedua-dua kenderaan itu tiada rekod pendaftaran. Lelaki itu merupakan pekerja di bengkel tersebut.

“Suspek mendakwa Mini Cooper S itu milik seorang wanita y bernama ‘Diana’ yang memintanya membaiki serta mencari pembeli yang ingin membeli kereta itu,” katanya.

Jelas beliau, pihak polis dengan dipandu arah oleh suspek kemudiannya pergi Rembau bertemu ‘Diana’.

“Hasil soal siasat, wanita berusia 36 tahun itu mengaku Mini Cooper S itu miliknya.

“Ketiga-tiga individu berusia 29 hingga 45 tahun itu ditahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI