fbpx
Keadaan kemalangan sehingga meragut nyawa seorang warga emas berusia 90 di Batu 28, Jalan Mersing - Kluang hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

Warga emas maut Mercedes Benz bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Seorang warga emas menemui ajal apabila kereta Mercedes Benz E200 dipandunya bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Batu 28, Jalan Mersing – Kluang hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa Lai Sin Yin, 90, tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan(KKM).

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Amri Shahab berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada 9.56 pagi.

Menurutnya, tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai 11 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz E200 dan sebuah lori jenis Nissan tiga tan.

“Terdapat dua mangsa yang cedera di dalam lori telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum PKO tiba dilokasi dan PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul berkata, mangsa yang cedera ialah Mohd. Riduan Zakaria, 29, pemandu lori dan kelindannya Johari Ahmad,59.

“Setelah memastikan semuanya dalam keadaan yang selamat, PKO lapor bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada pukul 11.35 pagi. – K! ONLINE