fbpx
Hael (kanan) menjadi pilihan netizen bagi mengantikan Nabila pada SFMM35 malam esok.

Ramai mahu Hael Husaini ganti Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri daripada membuat persembahan pada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) malam esok, penyanyi yang akan menggantikan posisi Nabila Razali masih menjadi tanda tanya peminat.

Semalam, Nabila menerusi pihak pengurusannya Universal Music Malaysia membuat pengumuman terpaksa menarik diri daripada persembahan itu gara-gara mengalami masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

Selepas berita itu dilaporkan, persoalan tentang siapakah penyanyi yang paling layak menggantikan Nabila untuk membawa lagu Peluang Kedua hangat diperdebatkan dalam laman sosial.

Tinjauan Kosmo! dalam platform Twitter mendapati, nama penyanyi Hael Husaini yang merupakan pencipta lagu itu disebut-sebut sebagai pengganti paling tepat.

Hal ini kerana, Hael yang pernah membuat nyanyian semula (cover) lagu berkenaan pada April lalu mendapat respon positif daripada peminat yang menyifatkan lelaki itu lebih sesuai menyanyikan lagu berkenaan berbanding Nabila.

Lagu Peluang Kedua yang dicipta sepenuhnya Hael bersama MFMF merupakan antara 30 buah lagu berjaya mara ke peringkat SFMM35 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Selain Hael, nama beberapa penyanyi lain yang disebut sesuai untuk menyanyikan lagu penuh emosi itu adalah Haqiem Rusli dan Misha Omar. – K! ONLINE