fbpx
Gambar hiasan

Jangan terlalu memilih dalam hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
AZIMI MUSTAPHA, PENGARANG BERITA KOSMO.

DALAM kehidupan di dunia yang sementara ini, sering kita terdengar ungkapan berbunyi, hidup ini adalah pilihan dan pilihlah yang terbaik untuk kepuasan diri.

Perlu diingat, membuat pilihan dalam semua perkara yang kita lakukan adalah perlu bagi mencari keselesaan dan mencapai kebahagiaan biarpun untuk seketika.

Begitu juga dalam soal mencari jodoh atau pasangan hidup.

Tak salah jika kita bersikap memilih siapa yang perlu dijadikan teman hidup untuk tempoh yang panjang, kalau boleh sepanjang hayat.

Memilih pasangan hidup sudah semestinya tidak semudah membeli sayur atau ikan di pasar dan perlu dilakukan secara berhati-hati kerana pasangan hidup akan bersama kita sepanjang hayat, bukan untuk sehari dua.

Dialah yang bakal menempuh gelora hidup yang penuh pancaroba bersama, selain menjadi teman, sahabat, pembimbing, pelindung, pembantu dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pengurusan rumah tangga, soal kewangan dan sebagainya.

Oleh kerana itu, tidak salah jika kita mempertimbangkan banyak kemungkinan dalam soal memilih pasangan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Bagaimanapun, jangan terlalu memilih sehingga mengharapkan bakal pasangan itu terlalu sempurna dari segi semua aspek.

Perlu diingat, dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna, namun apa yang kita boleh harapkan adalah terus meletakkan usaha untuk mencari yang terbaik.

Persoalannya, perlu atau patutkah diletakkan harapan yang tinggi dalam memilih pasangan hidup kita?

Bagi penulis, ia adalah sangat patut kerana pasangan kita bukanlah seseorang yang kita kahwini sekadar untuk suka-suka.

Alam perkahwinan dan rumah tangga itu sangat berbeza dengan dunia percintaan.

Dalam mencari dan memilih pasangan hidup, kita juga harus pertimbangkan pelbagai perkara.

Contohnya, dari segi ibadah, akhlak, keturunan, harta benda, kecantikan dan sebagainya.

Apa yang penting, sekiranya kita memiliki kasih seseorang, terima dia seadanya, baik atau buruk itulah pasangan yang akan kita layari bahtera bersama sepanjang hayat.

Kalau boleh, carilah pasangan yang sama prinsip dengan kita untuk lebih memahami dan mendapat keserasian.

Analoginya mudah, jika kamu ada sepinggan nasi yang semestinya boleh mengenyangkan dan berkhasiat, mengapa cuba mencari makanan lain kerana ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan akhirnya kamu menyesal.

Begitu juga jika kamu bertemu seseorang yang menyayangi dan mengasihimu seadanya.

Mengapa perlu membandingkan dengan yang lain.

Dek terlalu mengejar kesempurnaan, kamu kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.-K! ONLINE

BERITA BERKAITAN