fbpx

MBI baiki kerosakan jalan ke Kampung Kuala Pari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan di Jambatan Sungai Kledang menghubungkan ke Kampung Kuala Pari, Ipoh yang mengalami kerosakan dan sedang dinaik taraf.

IPOH – Kerja membaiki dan menaik taraf jalan di Jambatan Sungai Kledang yang menghubungkan ke Kampung Kuala Pari di sini telah dijalankan oleh kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) susulan kerosakan yang dialami akibat kekerapan hujan sejak September lalu.

Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf tersebut akan menyebabkan gangguan sementara lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, jalan sedia ada menghubungkan Jambatan Sungai Kledang di Jalan Kampung Kuala Pari Hilir ke Kampung Kuala Pari telah mengalami kerosakan kecil sejak Ogos lalu sebelum kerja pembaikan dilakukan.

Menurut kenyataan tersebut, pihak Konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) telah diarah untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan pada 27 Ogos tetapi kerosakan berulang akibat kekerapan hujan pada awal September.

“Susulan tinjauan dilakukan MBI bersama agensi terbabit termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat), PEISB dan wakil penduduk maka laluan berkenaan ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.

“Pihak PEISB telah diamanahkan untuk merekabentuk semula jambatan yang baru di mana kerja-kerja menaik taraf telah dimulakan Isnin lalu dan mengambil masa selama 26 minggu,” ujar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, pihak MBI memohon kerjasama penduduk setempat dan pengguna laluan tersebut agar mematuhi arahan lalulintas semasa kerja-kerja menaiktaraf dijalankan bagi memberi kemudahan dan keselesaan pada masa akan datang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI