fbpx

Penganjuran LTdL 2021 sah dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN basikal elit Asia iaitu LTdL 2021 dibatalkan penganjurannya tahun depan kerana kesuntukan masa melakukan persiapan selain pandemik Covid-19.

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan perlumbaan basikal elit Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 dibatalkan penganjurannya tahun depan.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab menjelaskan, keputusan itu terpaksa dibuat berdasarkan kesuntukan masa untuk melakukan persiapan terutamanya dalam situasi seluruh dunia berdepan pandemik Covid-19.

Katanya, keputusan itu dibuat sebulat suara dan dipersetujui semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas mengadakan perbincangan bersama.

“Saya mengesahkan keputusan untuk membatalkan Le Tour de Langkawi 2021 sudah dicapai secara sebulat suara. Saya fikir ini adalah keputusan terbaik dan dipersetujui oleh PKBM serta KBS.

“Sukan Malaysia (SUKMA) juga sudah dibatalkan, jadi adalah lebih baik sekiranya LTdL 2021 turut mengambil langkah sama. Saya harap keputusan ini baik untuk semua pihak,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Pada masa sama, beliau mengakui ada beberapa pihak cuba untuk menganjurkan LTdL 2021 pada September, namun saingan Jelajah Malaysia 2021 sudah dijadualkan berlangsung pada tarikh berkenaan.

Tambah Abu Samah, PKBM yang juga pemegang hak penganjuran LTdL sedia memberi penjelasan kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi memastikan pasukan yang menerima jemputan sebelum ini mengambil tindakan susulan.

“Secara kebetulan Jelajah Malaysia 2021 juga akan diadakan pada September, jadi agak sukar untuk mendapatkan tarikh sesuai bagi penganjuran LTdL tahun depan.

“Saya percaya UCI akan menerima penjelasan daripada kami kerana ia dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa yang mendesak. Banyak faktor perlu diambil kira oleh PKBM dan KBS,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI