fbpx

Eizlan dakwa tuduhan Hans Isaac adalah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eizlan Yusof

PETALING JAYA – Datuk Seri Eizlan Yusof, mendakwa tuduhan yang dibuat Datuk Hans Isaac terhadapnya adalah palsu.

Menurut Datuk Eizlan Yusof yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menyatakan penglibatan Eizlan dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Tuduhan itu dibuat pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai ahli melebihi 200 orang.

“Mesej itu tular dan telah mencalarkan nama baik dan reputasi saya, mengganggu fokus dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, isu tersebut memberi kesan secara langsung terhadap karier dan perniagaan beliau.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya selaku Ahli Perbadanan Finas dan kredibiliti sebagai penggiat industri kreatif selama lebih 20 tahun telah terkesan akibat dusta tersebut.

“Saya telah melantik peguamcara saya, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co bagi menguruskan kes ini dan tindakan guaman terhadap Datuk Hans Isaac sedang berjalan,” ujarnya.

Jelas Eizlan, syarikat produksi tersebut tiada sebarang kaitan dengannya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang saham. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI