fbpx

35 rumah rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bumbung rumah milik beberapa penduduk di Taman Megah, Batu Pahat rosak dipukul angin kencang dalam kejadian petang semalam. Foto MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Sekurang-kurangnya 35 buah rumah penduduk di Taman Megah dan Linau Kecil dekat sini rosak dipukul angin kencang dalam satu kejadian yang berlaku petang semalam.

Hujan lebat dan angin kencang pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan sebuah khemah polis menempatkan petugas sekatan jalan raya (SJR) di Tol Ayer Hitam roboh.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku.

Seorang penduduk Taman Megah, Suzita Mohd Tahir, 48, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga sedang berehat di dalam rumah sebelum terkejut dengan tiupan angin kuat.

“Sebaik angin reda hujan mula turun dan air mula menitik di ruang tamu. Saya sangka bumbung rumah saya bocor kerana hujan lebat.

“Kemudian saya keluar rumah untuk mengangkat jemuran tetapi terperanjat apabila lihat bumbung di ruang tamu dan garaj sudah hilang.

“Saya panik dan menjerit akibat kejadian itu dan menyebabkan jiran-jiran saya turut keluar rumah dari rumah mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, beberapa rumah jirannya turut terkena angin ribut yang menyebabkan bumbung kediaman mereka rosak.

Dalam pada itu, Penghulu Mukim 5 Simpang Kanan, Mohamad Saarni berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) dan Yayasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (Yayasan MPBP) untuk tindakan selanjutnya.

“Difahamkan sebuah khemah menempatkan petugas SJR di Tol Ayer Hitam turut roboh akibat kejadian ribut disertai hujan lebat dan angin kencang petang kelmarin,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI