fbpx

PNB lupus pegangan saham dalam CCM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PNB umum Rangka Kerja Kelestarian baharu bagi mencapai matlamat untuk menjadi lebih mampan di tengah-tengah perubahan landskap pelaburan global yang berubah.

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah mencapai persetujuan dengan Batu Kawan Bhd. (Batu Kawan) untuk melupuskan keseluruhan pega­ngan sahamnya sebanyak 56.3 pe­ratus dalam Chemical Company of Malaysia Bhd. (CCM) yang dipegang Kumpulan dan dana unit amanahnya berjumlah RM292.8 juta.

Harga ini mewakili premium sebanyak 69 peratus daripada harga saham purata berwajaran tiga bulan dan penjualan tersebut akan membuat tawaran umum wajib oleh Batu Kawan untuk baki saham dalam CCM.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pelupusan ini adalah sebahagian daripada strategi kepelbagaian aset PNB untuk mengimbangi portfolio dan konsisten dengan usaha Kumpulan untuk terus meningkatkan nilai agar dapat memberi pulangan yang mampan kepada pemegang unit.

“Proses penjualan dan penentuan harga yang tepat telah dilakukan secara menyeluruh oleh penasihat kami, Maybank Investment Bank Bhd.

“Kami berpuas hati dengan harga jualan akhir yang memberikan premium yang tinggi berbanding harga pasaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ahmad Zulqarnain menjelaskan, sepertimana setiap keputusan pelaburan dan pelupusan PNB yang lain, penjualan ini telah dilakukan dengan teliti dan meliputi proses tadbir urus pelbagai peringkat bagi memastikan ia memenuhi dasar dan objektif pelaburan PNB yang ketat.

CCM adalah pengeluar produk salutan klor-alkali dan polimer yang terkenal di Malaysia.

Ia juga merupakan antara tiga pengeluar utama lapisan polimer untuk industri sarung tangan dan satu daripada pengeluar terbesar klorin untuk rawatan bekalan air.

Dalam tempoh CCM menjadi syarikat strategik PNB, syarikat telah melalui pelbagai inisiatif termasuk pemisahan CCM ­Duopharma Biotech Bhd. daripada CCM pada tahun 2017.

Pemisahan ini telah memberi syarikat peluang untuk meneruskan strategi pertumbuhannya bagi memastikan kemampanan syarikat pada masa depan.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan luas Batu Kawan dalam industri kimia, PNB percaya bahawa Batu Kawan serasi dengan strategi CCM.

“Ia dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju syarikat kimia di Malaysia. Pada masa sama, penglibatan syarikat yang kini diperluas dalam pembuatan bahan kimia industri akan membolehkan CCM memenuhi ke­perluan pelanggan dan pasaran geografi yang lebih luas.

“Kami sangat menghargai kepercayaan dan keyakinan pemegang unit kepada kami untuk menghasilkan pulangan bagi pelaburan mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI