fbpx

Lee Tuck harap kekal, masih sayang Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE TUCK sedia berbincang dengan pengurusan Terengganu FC untuk kekal beraksi bersama skuad Penyu pada saingan Liga M musim depan.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KAPTEN Terengganu FC (TFC), Lee Tuck berharap dapat terus menabur bakti dengan skuad Penyu bagi mengharungi sai­ngan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

Pemain tengah kelahiran Halifax, England itu mengakui kontraknya bersama TFC yang akan berakhir pada hujung bulan ini masih belum lagi dimuktamadkan.

“Saya masih mahu menabur bakti dengan pasukan ini dan akan berjumpa dengan pengurusan TFC bagi membincangkan kontrak baharu dalam masa terdekat.

“Pintu rundingan masih dibuka dan saya berharap perbin­cangan kedua-dua pihak nanti membuahkan hasil positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Tuck, 32, yang sudah tiga musim menyarung jersi hitam putih berkata, pencapaian TFC pada musim ini cukup membanggakan selepas menduduki tangga ketiga Liga Super dan layak ke Piala AFC.

Beliau yang menjaringkan enam gol dalam Liga Super bagaimanapun mengakui TFC perlu memperkemaskan lagi barisan pemain sekiranya mahu memberi cabaran kuat dalam Piala AFC.

“Kami sudah ada pasukan yang mantap tapi untuk bersaing dan melangkah jauh di peringkat Asia, TFC perlu meningkatkan daya saing.

“Pemain muda serta senior yang sudah beberapa tahun bersama pasukan wajar dikekalkan. Cuma perlu tambah beberapa pemain lagi untuk mengukuhkan skuad,” tambahnya yang berpe­ngalaman luas dalam Liga Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI