fbpx

Aishwarya Rai pun pernah disingkirkan SRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHWARYA RAI

AKTRES Aishwarya Rai mendedahkan bahawa dia pernah disingkirkan pada saat akhir daripada memegang watak heroin dalam sebuah filem milik produksi Shah Rukh Khan (SRK).

Dalam satu temu bual sebuah program hiburan baru-baru ini, isteri kepada pelakon, Abhishek Bachchan itu memberitahu namanya telah digugurkan pada saat akhir oleh SRK sendiri untuk membawakan watak heroin dalam filem berjudul Chalte Chalte.

“Tempat aku telah digantikan oleh aktres Rani Mukerji.

“Pada waktu itu, Shah Rukh Khan menyebut alasannya berbuat demikian kerana faktor peribadi,” katanya.

Menurut Aishwarya, selepas namanya digugurkan, dia mengakui berasa sangat terpukul, marah dan sakit hati diperlakukan sebegitu.

Dalam satu kenyataan, Shah Rukh mengaku menyesal kerana menyingkirkan nama Aishwarya daripada menjadi heroin dalam filem tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI