fbpx

Milan resah Pioli diuji positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIOLI terpaksa menjalani proses kuarantin selepas diuji positif Covid-19 menyebabkan Milan membatalkan sesi latihan. – AFP

MILAN – Persiapan AC Milan dalam saingan Serie A tergendala selepas pasukan tesebut membatalkan sesi latihan semalam apabila ketua jurulatihnya, Stefano Piolo disahkan positif Covid-19.

AC Milan dalam satu kenya­taan berkata, Pioli tidak me­nunjukkan sebarang simpton dan dia kini diarahkan untuk menjalani pengasingan selepas diuji positif wabak pembunuh tersebut.

AC Milan juga menjelaskan bahawa semua pemain serta staf telah menjalani ujian dan kesemua mereka didapati negatif.

“Pioli tidak menunjukkan sebarang gejala dan dia juga telah menjalani kuarantin di rumah. Semua ujian lain yang dilakukan oleh pemain dan kakitangan turut negatif.

“Pasukan telah membatalkan sesi latihan pada hari ini. Persiapan ketika berdepan Na­poli akan dilakukan pada Isnin nanti. Semua pemain akan mengikut protokol yang ditetapkan,” kata satu kenya­taan AC Milan semalam.

Beberapa pemain Milan sebelum ini diuji positif termasuk penjaga gol, Gianluca Donnarumma dan Zlatan Ibrahimovic.

Skuad kendalian Pioli masih belum tewas dalam Serie A musim ini selepas meraih lima kemenangan daripada tujuh perlawanan dan dua mata di depan Sassuolo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI