fbpx

Messi pasti akan tinggalkan Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dijangka terus dengan rancangannya untuk berhijrah selepas kontrak bersama Barcelona berakhir hujung musim ini. – AFP

BARCELONA – Legenda Real Madrid, Luis Figo percaya bintang Barcelona, Lionel Messi akan terus menekan pengurusan pasukan itu untuk melepaskannya.

Kata Figo, apabila seseorang sudah meletakkan sasaran untuk berhijrah ke tempat baharu, dia tidak mungkin mampu memberi komitmen 100 peratus kepada kelab sedia ada.

Justeru, beliau yakin pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu akan terus menggesa Barcelona untuk membenarkannya meninggalkan Camp Nou dan menyertai pasukan baharu.

“Saya mengikuti secara rapat berhubung percubaan Messi untuk meninggalkan Barcelona pada jendela perpindahan musim panas lalu. Saya akui ia sangat mengejutkan.

“Sudah tentu dia (Messi) ada alasan tersendiri untuk ambil keputusan tersebut. Saya tidak tahu apa yang berlaku sehingga menyebabkan Messi bertindak sedemikian,” kata Figo.

Bekas pemain Portugal itu juga percaya bukan tugas sukar untuk Messi mencari pasukan baharu memandangkan beberapa kelab gergasi Eropah sudah mengintai peluang mendapatkan khidmatnya.

“Semua pasukan mahukan pemain seperti Messi, namun ia bergantung pada sumber kewa­ngan pasukan tersebut. Apa yang pasti, kos untuk mendapatkan Messi bukanlah murah,” ujarnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI