fbpx
Hasbullah Osman

Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di Raub, Pahang pada pukul 7 petang tadi.

Perkara tersebut disahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada isteri Hasbullah, Ahli Parlimen Gerik itu mengadu sakit perut dan dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan.

Beliau berkata, isterinya masuk ke dalam klinik dan membuat pendaftaran untuk rawatan dan kembali semula ke kereta.

“Saya dimaklumkan, sebaik sahaja isterinya sampai di kereta, didapati Hasbullah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anak kecil yang dipangkunya jatuh ke bahagian kaki. Petugas kesihatan segera memberikan rawatan kecemasan namun beliau gagal diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, difahamkan jenazah Hasbullah kini sedang dibawa ke Hospital Raub.