fbpx

Rashford tersisih aksi England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD mengalami kecederaan ketika membantu United menewaskan Everton minggu lalu menyebabkan dia tidak dapat disenaraikan dalam skuad England. - AFP

 

LONDON – Persatuan Bola Sepak England (FA) mengesahkan pemain sensasi Manchester United, Marcus Rashford dan tonggak pertahanan, Conor Coady tidak dapat menyertai skuad kebangsaan kerana mengalami kecederaan.

Rashford dilaporkan telah mengalami kecederaan ketika membantu skuad The Red Devils menang ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Keputusan tersebut menyebabkan pengendali England, Gareth Southgate membariskan Jack Grealish, Dominic Calvert-Lewin dan Jadon Sancho di jentera serangan ketika menang 3-0 ke atas Republik Ireland dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.

“Rashford tidak akan sertai pasukan kerana mengalami kecederaan manakala Coady pula diarahkan menjalani kuarantin kendiri selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19,” kata FA dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Southgate mengakui sangat gembira apabila The Three Lions berjaya meraih kemenangan dalam aksi ‘pemanas badan’ sebelum menumpukan saingan Liga Negara-Negara Eropah menentang Belgium dan Iceland.

“Ini adalah aksi yang cukup sukar dengan Ireland memberikan tentangan sengit pada awal saingan. Namun, jentera sangat kami sangat menjadi dengan mencipta banyak peluang yang tiga daripadanya disudahkan dengan jaringan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI