fbpx

Sindiket penipuan SMS: Dua lagi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah syarikat direman hari ini atas tuduhan kes sindiket penipuan SMS di Mahkamah Putrajaya di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seorang Ketua Pegawai Teknologi sebuah syarikat swasta antara dua individu yang direman hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penahanan suspek lelaki berusia 39 tahun itu adalah susulan penahanan reman terhadap empat individu termasuk tiga pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dalam kes sama.

Turut ditahan reman hari ini ialah seorang pegawai syarikat telekomunikasi berusia 47 tahun berhubung kes sama.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd. Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan penahanan reman bagi kes terbabit adalah seramai enam individu setakat hari ini.

Sumber berkata, dua individu itu masing-masing ditahan pada pukul 2.34 petang dan 5.14 petang, semalam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini selepas hadir memberi keterangan.

Menurutnya, kedua-dua suspek tersebut dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI