fbpx

Semak Mule aplikasi semak scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman web Semak Mule.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menggunakan aplikasi Semak Mule dan portal ccid.rmp.gov.my untuk memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, aplikasi tersebut mula diperkenalkan pada Januari tahun lalu dan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

“Portal ini memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlibat dengan pihak polis. Akaun yang digunakan suspek akan disekat penggunaannya oleh pihak bank.

“Kita melaksanakan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi dan institusi bank-bank dan pada Mac 2019 juga, sebuah jawatankuasa teknikal jenayah siber ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi membanteras jenayah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin tahu mengenai trend kes-kes penipuan menerusi panggilan atau scammer serta usaha serta kejayaan kerajaan membendung kegiatan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI