fbpx

Duopharma Biotech catat prestasi kewangan kukuh suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Duopharma Biotech Bhd. (Duopharma Biotech) mencatat prestasi kewangan kukuh pada suku ketiga berakhir 30 September 2020 dengan untung sebelum cukai mencecah RM18.57 juta berbanding hasil RM133.77 juta.

Untung bersih selepas cukai bagi suku tahun yang dilaporkan berjumlah RM14.13 juta, sedikit penurunan berbanding RM14.86 juta tahun lalu.

Bagi tiga suku tahun pertama 2020, Duopharma Biotech merekodkan untung sebelum cukai RM55.69 juta (2019: RM56.87 juta) berasaskan hasil berjumlah RM435.82 juta (2019: RM438.71 juta).

Pengarah Urusan Kumpulan, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, keputusan kewangan kukuh dalam persekitaran tidak menentu ini mencerminkan permintaan lebih tinggi bagi produk farmaseutikal kumpulan, terutamanya daripada sektor penjagaan kesihatan pengguna.

Jelasnya, hal ini membantu mengimbangi hasil lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas disebabkan permintaan lebih rendah daripada sektor swasta.

“Walaupun 2020 sememangnya lebih mencabar, kami yakin dengan prestasi semasa berikutan beberapa faktor penyumbang termasuk peningkatan peruntukan 6.6 peratus dalam Belanjawan 2020 bagi sektor penjagaan kesihatan, kepada RM30.6 bilion.

“Peruntukan tambahan ini adalah satu perkembangan positif bagi kumpulan kerana kira-kira 50 peratus daripada jualan kami meliputi sektor kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Buat masa ini, kilang Ramuan Farmaseutikal Aktif Kemanjuran Tinggi baharu sudah mula beroperasi, dengan pengeluaran dan pembekalan ubat kanser Letrozole untuk sektor awam dan swasta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI