fbpx

AmBank, Maxis perkenal mTap menerusi PayNet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – AmBank dan Maxis memperkenalkan mTap menerusi Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (Paynet), penyelesaian pembayaran tanpa sentuh yang selamat dan menggunakan peranti mudah alih sebagai terminal penerimaan bagi transaksi kad debit serta kad kredit.

Penyelesaian tersebut yang lebih kos efektif itu akan membolehkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima pembayaran menggunakan kad.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pihaknya komited untuk menyokong ekosistem PKS dengan memanfaatkan era pendigitalan yang pantas berubah.

“Kami melihat pasaran pengguna yang kini didominasi go­lo­­ngan milenial dan Gen-Y menguasai perkhidmatan kewangan yang lebih pantas, pintar serta mudah diakses.

“Ini salah satu daripada usaha kami untuk meningkatkan ini­siatif digital bagi peniaga dan pe­langgan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut ber­kata, PKS terus memainkan peranan penting dalam ekonomi dan pihaknya telah membantu memperkasakan sektor ber­kenaan dengan menyediakan penyelesaian digital dan ketersambungan untuk operasi mereka.

“Dengan kerjasama berterusan, kami tidak sekadar berhasrat meningkatkan adaptasi digital dalam PKS, malah mengukuhkan kedudukan mereka dalam ekosistem digital,” katanya.

mTap kini boleh dimuat turun dan digunakan di seluruh negara menerusi telefon pintar Android dengan ciri NFC di Google Play.

BERITA BERKAITAN