fbpx

Garcia tarik diri Kejohanan Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA meninggalkan saingan di Terbuka Houston dan menarik diri daripada aksi di Kejohanan Masters selepas disahkan menghidap Covid-19. – AFP

AUGUSTA, Amerika Syarikat – Bintang golf Sepanyol, Sergio Garcia terpaksa meninggalkan kejohanan Terbuka Houston PGA Amerika Syarikat (AS) selepas mengumumkan bahawa dia di­sahkan positif ujian Covid-19.

Juara Masters 2017 itu juga terpaksa menarik diri daripada kejohanan edisi ke-84 yang akan bermula esok selepas mendapati dirinya bergejala sebelum membuat ujian pemeriksaan.

“Saya mengalami gejala tidak sihat dan mula merasa sakit di bahagian tekak serta batuk sejurus balik dari Houston pada Sabtu lalu.

“Saya terus mengalami simptom itu sehingga awal pagi Ahad sebelum saya dan isteri, Angela mengambil keputusan untuk menjalani ujian Covid-19. Saya bersyukur isteri saya didapati negatif, namun saya positif,” kata Garcia .

Impian Garcia untuk meraih kemenangan keduanya tahun ini tergendala selepas mempamerkan persembahan terbaik dengan memenangi Kejohanan Sanderson Farms di Jackson, Mississippi pada bulan lalu iaitu kejuaraan pertama PGA AS selepas merangkul Masters.

Garcia merupakan pemain kedua yang menarik diri daripada kejohanan Masters selepas dijangkiti virus pembunuh tersebut selepas pemain Chile, Joaquin Niemann menarik diri minggu lalu berikutan keputusan ujian positif Covid-19.

Kejohanan Masters tidak akan menggantikan pemain yang memilih untuk menarik diri sepanjang kejohanan berlangsung pada tahun ini.

“Sepanjang 21 berada dalam arena ini saya tidak pernah membuat keputusan untuk menarik diri kejohanan utama. Perkara yang paling utama ketika ini keluarga saya dalam keadaan sihat. Saya akan kembali selepas ini untuk memburu jaket hijau itu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI