fbpx

Fati bedah lutut diketepikan 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATI (kiri) terpaksa berehat empat bulan selepas menjalani pembedahan lutut yang cedera ketika menentang Betis sebelum ini. – AFP

BARCELONA – Gergasi Sepa­nyol, Barcelona menerima tamparan hebat apabila bintang muda pasukan itu, Ansu Fati bakal tersisih selama empat bulan selepas selesai menjalani pembedahan lutut kelmarin.

Penyerang lincah berusia 18 tahun itu mengalami koyak pada bahagian otot meniskus di lutut kiri ketika membantu Barcelona mencatatkan kemenangan selesa 5-2 ke atas Real Betis dalam sai­ngan La Liga pada Sabtu lalu.

“Pembedahan Fati dilakukan oleh pakar ortopedik terkenal Sepanyol, Dr. Ramon Cugat di bawah pengawasaan staf perubatan Barcelona.

“Pembedahan ini berjalan lancar dan Fati dijangka terpaksa menjalani proses pemulihan sekurang-kurangnya dalam tempoh empat bulan sebelum kembali beraksi,” menurut ke­nyataan rasmi Barcelona.

Ia bermakna Fati terlepas pertemuan getir menentang Atletico Madrid hujung bulan ini dan baki tiga perlawanan Kumpulan G Liga Juara-Juara bertemu Dynamo Kiev, Ferencvaros dan Juventus.

Selain itu, Fati juga tidak dapat melibatkan diri dalam sai­ngan Piala Super Sepanyol antara Barcelona, Real Madrid, Athletic Bilbao dan Real Sociedad yang dijangka berlangsung di Arab Saudi pada Januari depan.

Sebagai rekod, Fati adalah salah seorang pemain yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang bersama Barcelona musim ini dengan lima gol daripada 10 perlawanan dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara.

Permata baharu skuad antarabangsa Sepanyol itu juga merupakan penjaring termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI