fbpx

Diskaun saman trafik 50 peratus di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Orang ramai yang mempunyai saman kesalahan lalu lintas di negeri ini boleh membuat semakan dan pembayaran dengan diskaun sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua minggu bermula 16 hingga 30 November depan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd Rowi berkata, urusan pembayaran saman boleh dibuat pada hari bekerja sahaja iaitu Ahad hingga Khamis.

Katanya, kaunter dibuka bermula pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

“Kaunter bayaran saman dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, IPD Tumpat, IPD Pasir Mas, IPD Bachok, IPD Machang, IPD Pasir Puteh, IPD Tanah Merah, IPD Kuala Krai, IPD Jeli dan IPD Gua Musang.

“Diskaun sebanyak 50 peratus bagaimanapun tidak terpakai kepada pesalah trafik yang termasuk dalam status tertentu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, pesalah trafik itu antaranya mereka yang berstatus kes bicara di mahkamah, kesalahan ketika Op Selamat dan saman kemalangan tahun semasa.

Katanya, selain itu, mereka yang berstatus waran tangkap tahun semasa melibatkan kenderaan lori sejak sejak dua tahun lalu turut tidak layak menerima diskaun samanz

Tambahnya, orang ramai yang bakal berurusan di kaunter bagi urusan pembayaran saman masing-masing perlu mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI