fbpx

Anak SRK, Aryan Khan dikecam tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

SEBUAH video yang memperlihatkan anak kepada aktor Shah Rukh Khan (SRK) iaitu Aryan Khan sedang berpesta Halloween tanpa memakai pelitup muka kini heboh diperkatakan rakyat India.

Video yang tular dalam media sosial tersebut turut dikongsi sebuah laman hiburan terkenal, InstantBollywood.

ARYAN KHAN

Dalam video berkenaan, kelihatan Aryan bersama tetamu lain sedang berpesta tanpa memakai pelitup muka sewaktu India bergelut dengan penularan Covid-19 yang tidak terkawal.

Kelibat remaja berusia 22 tahun itu ternyata membuatkan khalayak kecewa. Dia dikatakan hanya mementingkan diri tanpa memikirkan akibat perlakuan tersebut terhadap individu lain.

“Dia (Aryan) tidak takutkan Covid-19 atau apa?” kata salah seorang netizen.

Biarpun lokasi pesta Halloween berkenaan belum diketahui, namun berdasarkan beberapa sumber, pesta tersebut dikatakan diadakan di Dubai kerana keluarga Shah Rukh Khan dikhabarkan kini berada di sana untuk menonton perlawanan kriket selain meraikan ulang tahun kelahiran aktor itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI