fbpx

Hong Jin-young nafi plagiat tesis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONG JIN-YOUNG

SEBUAH laporan daripada Kukmin Ilbo baru-baru ini mendedahkan bahawa selebriti Hong Jin-young terlibat dalam aktiviti plagiat untuk bahan tesis pengajian sarjana.

Laporan tesis Jin-young yang bertajuk Research Regarding Cultural Content Industry Trends Through the Korean Wave yang dihantar ke Jabatan Perdagangan Universiti Chosun didapati mencatat 74 peratus kesan plagiat daripada laman web Copy Killer.

Copy Killer merupakan laman web program plagiat yang popular di Korea Selatan. Laporan tersebut mendapati, hampir kesemua bahan dalam tesis tersebut ditiru oleh Jin-young.

Memberi maklum balas terhadap tuduhan tersebut, Jin-young menerusi agensinya menafikan dakwaan ke atasnya.

Agensi menegaskan penyanyi itu menulis sendiri hasil tesisnya.

“Menurut profesor yang menilai hasil kajian tersebut, judul tesis dibuat Jin-young sudah diulas sekitar 2009.

“Pada masa itu, lazimnya terdapat banyak penjelasan mengenai petikan dan rujukan yang digunakan.

“Demi mengelakkan salah faham, kami berkongsi pandangan profesor berkenaan, sekali gus menafikan bahawa hasil kerjanya adalah plagiat,” ujar agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI