fbpx

Watak Ashin trending netizen seronok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jun Ji-hyun dan watak lakonannya, Ashin

BEBERAPA hari lalu, platform penstriman Netflix mengumumkan tayangan satu episod khas untuk drama zombi popular Kingdom: Ashin of The North yang akan menemui peminat tahun hadapan.

Dalam video promosi yang dikongsikan menerusi akaun media sosial rasmi Netflix termasuk Netflix Malaysia itu, episod bonus berkenaan memaparkan sedutan watak seorang wanita misteri bernama Ashin yang dilakonkan oleh aktres Jun Ji-hyun.

Selepas video promosi itu dikongsikan, nama Ashin mencatat sohor kini dalam banyak platform media sosial kerana peminat tidak sabar menantikan debaran kisah sebenar watak misteri itu.

Kemunculan watak Ashin menjadi tanda tanya peminat selepas dia muncul pada babak akhir musim kedua Kingdom yang ditayangkan pada Mac lalu.

Menerusi episod khas itu, misteri tentang watak Ashin akan dirungkai kepada penonton dan kaitannya dengan watak ketua Tentera Diraja, Min Chi-rok lakonan Park Byung-eun.

Episod istimewa itu kekal mendapat sentuhan daripada pengarah sama untuk musim pertama dan kedua Kingdom, Kim Sung-hoon selain penulis skrip Kim Eun-hee.

Kingdom: Ashin of The North diterbitkan secara bersama oleh syarikat BA Entertainment dan Studio Dragon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI