fbpx

Mitsubishi Xpander dijual pada harga RM91,369

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera ini telah mendapat lebih 2,000 tempahan.

PETALING JAYA – Mitsubishi Xpander pembuatan tempatan (CKD) disahkan dijual pada harga RM91,369 Mitisubishi Motors Malaysia (MMM).

Ketua Pegawai Operasi MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, lebih 2,000 tempahan telah diterima pihaknya sejak mereka mengumumkan Xpander boleh ditempah bermula 22 Oktober lalu.

“Mitsubishi Motors ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kerana menunjukkan minat terhadap Mitsubishi Xpander baharu tersebut.

“Kami akan berusaha keras di peringkat produksi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang melakukan tempahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI