fbpx

PKPB: 10 sekatan jalan di Mukim 12 Daerah Barat Daya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. A ANBALAGAN (kanan) pada sidang akhbar sekatan jalan raya di Mukim 12 Daerah Barat Daya sepanjang perlaksanaan PKPB di Balai Polis Bayan Lepas di sini petang tadi.

Oleh Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Sebanyak 10 sekatan jalan raya (SJR) melibatkan seluruh kawasan di Mukim 12 Daerah Barat Daya akan dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 19 November.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA. Anbalagan berkata, sekatan jalan raya akan diadakan di enam lokasi bagi tujuan mengawal pergerakkan orang ramai dalam usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, dua SJR akan dilaksanakan di susur keluar dan masuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat Batu Maung, Queensbay, Jalan Teluk Kumbar dan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di Pantai Jerejak.

“Manakala di Shell Sungai Nibong dan Jalan Dato Ismail Hashim masing-masing membabitkan hanya satu sekatan.

“Tambahan jumlah SJR bergantung kepada keadaan semasa, sekiranya berkeperluan,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Bayan Lepas di sini sebentar tadi.

Anbalagan memberitahu, operasi SJR, rondaan dan penguatkuasaan pemantuhan prosidur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan melibatkan jumlah keanggotaan seramai 328 orang.

Dalam pada itu, beliau memberitahu,
pergerakkan keluar dan masuk pekerja di Zon Perindustrian Bayan Lepas (FTZ) perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan daripada majikan masing-masing atau mempamerkan pas pengesahan pekerja di lokasi SJR.

“Bagi penumpang perkhidmatan udara, mereka yang akan memasuki ke kawasan PKPB ini juga perlu mempamerkan surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya mereka yang mempunyai kecemasan atau atas urusan kerja sahaja yang dibenarkan merentasi kawasan PKPB dan sebarang penganjuran majlis kenduri atau hari jadi tidak dibenarkan.

“Kita tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP sepanjang PKPB ini,” jelasnya.

Selain itu, katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan saringan bersasar di kawasan berkenaan dengan membabitkan hanya dua peratus daripada 150,000 penduduk terlibat.

Semalam, kerajaan mengumumkan perlaksanaan PKPB di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang berkuat kuasa pada 6 November sehingga 19 November depan.

Ini berikutan sehingga 3 November lalu, sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim berkenaan.

Kawasan yang terlibat adalah di Bayan Lepas, Bayan Baru, Queensbay, Zon Perindustrian Bayan Lepas (FTZ), Sungai Ara dan Batu Maung dengan membabitkan kawasan seluas 26.7 kilometer/persegi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI