fbpx

Blackpink artis wanita paling gah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

SELEPAS berjaya menjadi penyanyi berkumpulan wanita yang menduduki tangga nombor dua dalam carta album Billboard, Blackpink mencipta satu lagi rekod baharu.

Mereka memecahkan rekod apabila bergelar artis wanita pertama yang berjaya menjual lebih sejuta unit album dalam pasaran.

The Album merupakan album studio pertama mereka yang diluncurkan awal Oktober lalu dan berjaya dijual sebanyak 1.2 juta unit di seluruh dunia.

Jumlah tersebut termasuklah sebanyak 871,335 unit terjual di Korea Selatan, selain 319,300 unit di Eropah dan Amerika Syarikat seperti dilaporkan YG Entertainment.

Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Ice Cream dan Bet You Wanna.
Rekod paling tinggi penjualan album pernah dicapai penyanyi berkumpulan wanita berlaku pada sekitar 1990-an oleh kumpulan SES.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI