fbpx
Gambar hiasan

Perlukah guna pelitup muka dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MOHD. HAIKAL ISA, WARTAWAN EKSEKUTIF

INSIDEN ini berlaku kepada penulis beberapa hari sebelum artikel ditulis.

Perlu diingatkan, tulisan ini bukan bermaksud untuk meng­heret mana-mana pihak ke dalam likat lumpur, namun lebih bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Pagi itu, seperti biasa penulis memandu kereta untuk ke pejabat. Bekerja sebagai wartawan yang industrinya dikate­gorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential service), khidmat berkenaan memerlukan penulis untuk ke pejabat hampir setiap hari.

Dipendekkan cerita, terdapat sekatan jalan raya dalam perjalanan ke pejabat dan penulis pun ditahan oleh seorang anggota polis trafik yang bertugas ketika itu.

Penulis tidak memakai pelitup muka ketika itu kerana memandu berseorangan. Ingin dijadikan cerita, penulis diberi amaran oleh anggota polis terbabit supaya memakai pelitup muka walaupun memandu berseorangan.

Masih basah peringatan polis itu di fikiran penulis. Getusnya: “Pakai mask (pelitup muka). Kalau tak, kena saman nanti.”

Penulis pun balas: “Maaf, setahu saya kalau pandu kereta sendiri tiada penumpang, tidak perlu pakai mask.”

Tidak mahu bertekak panjang, penulis pun mencapai mask di dalam dashboard dan memakainya dan meneruskan perjalanan ke pejabat dengan teka-teki bermain di fikiran.

Teka-teki sama ada perlu atau adakah menjadi satu kewajipan sekarang untuk memakai mask biarpun memandu kereta berseorangan. Penulis cukup cakna bahawasanya, kes Covid-29 sedang mencanak naik sejak kebelakangan ini di Malaysia.

Penulis juga percaya bahawa setiap rakyat Malaysia tidak kira berkerjaya apa sekalipun sama-sama berganding bahu menggembleng tenaga sekali lagi untuk melandaikan lengkung kes Covid-19 yang kian membimbangkan.

Pun begitu, dengan insiden yang berlaku, adakah penulis benar-benar bersalah? Mungkinkah wujud salah faham?

Hal ini kerana, kalau mengikut peraturan yang diputuskan Kementerian Kesihatan yang dikongsi pada 30 Jun lalu melalui Facebook rasmi, tidak perlu untuk memakai pelitup muka ketika memandu apatah lagi memandu berseorangan.

“Ibaratkan kereta itu rumah kita. Perlukah pakai pelitup separuh muka sambil kita lepak-lepak di ruang tamu? Tapi mungkin kita perlu pakai jika ada orang lain datang ke rumah seperti tukang baiki paip atau penghantar tong gas.

“Berpegang kepada konsep rumah tempat paling selamat. Kita perlu memakai pelitup separuh muka jika ada orang lain dalam kereta yang bukan tinggal serumah dengan kita, lebih-lebih lagi ada yang bergejala seperti batuk dan selesema,” tulis kenyataan tersebut.

Kalau mengikut minda manusia waras, tiada siapa yang mahu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November ini.

Kita semua ingin hidup bebas, bukan sahaja bebas daripada Covid-19, bahkan bebas daripada korupsi, penyalahgunaan kuasa dan hal-hal yang memberi dam­pak negatif kepada kemajuan negara tercinta kita, Malaysia.

BERITA BERKAITAN