fbpx

Perkeso bantu pesakit gangguan saraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farihah (kiri) dan Nik Nasaruddin menyerahkan bantuan segera kepada Mohd. Muzakkir di Kampung Langkap di Setiu hari ini.

SETIU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membantu seorang pemandu jengkaut yang terlantar akibat gangguan saraf sejak lebih sebulan lalu.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, Mohd. Muzakkir Mokhtar, 44, menerima bantuan berupa kerusi roda, lampin pakai buang dan kerusi roda tujuan ke tandas.

“Ia merupakan bantuan awal kepada Mohd. Muzakkir yang turut kehilangan pekerjaan kerana penyakit berkenaan.

“Kami juga akan membantunya memproses permohonan faedah hilang upaya sementara. Ini merupakan tindakan proaktif Perkeso Terengganu menjejak pencarum terjejas yang memerlukan bantuan segera,” katanya ketika menziarahi Mohd. Muzakkir di Kampung Langkap di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Datuk Nik Nasarudin Mohd. Zawawi yang turut menghulurkan bantuan segera wang tunai berjumlah RM500.

Farihah berkata, pihaknya akan membantu proses pemulihan Mohd. Muzakkir dengan bantuan pakar di Pusat Rehabilitasi Perkeso Kuala Terengganu.

Selain itu, beliau memberitahu, Perkeso negeri juga bakal menawarkan khidmat pemadanan kerja agar pemandu jengkaut itu memperolehi pekerjaan baharu selepas sihat kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI