fbpx
Suspek kes bunuh Siti Nur Suria direman tujuh hari bagi membantu siasatan di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

[VIDEO] Suspek kes bunuh Siti Nur Suria direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Seorang pelajar tingkatan enam ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 November ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan Siti Nur Suria Ismail, 19, pada Ahad lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek yang berusia 19 tahun ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/11/03/bunuh-selepas-berang-diperli-diejek/

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu kelihatan mengalirkan air mata sewaktu dibawa anggota polis ke kamar mahkamah.

Kosmo! kelmarin melaporkan mayat Siti Nur Suria ditemui mati berlumuran darah oleh adik bongsunya di ruang tamu sewaktu pulang dari sekolah. – K! ONLINE