fbpx

Selangor paling ramai dikunjungi pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah menjadi tiga negeri paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan data My Local Stat Malaysia 2019 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor menerima kira-kira 33.6 juta pelancong domestik sepanjang tahun lalu diikuti Kuala Lumpur (22.6 juta) dan Sabah (22 juta).

Tiga negeri yang mencatat jumlah kehadiran pelancong tempatan paling rendah pula ialah Perlis dengan 2.08 juta pelancong, Putrajaya (1.94 juta) dan Labuan (524,000).

Mengikut kajian sama, bila­ngan pelawat domestik me­ningkat 8.1 peratus kepada 239.1 juta pada 2019 berbanding 221.3 juta pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, lima negeri mencatatkan bilangan penginap hotel tertinggi ialah Kuala Lumpur (18.3 juta) diikuti Pahang (11.6 juta), Johor (7.6 juta), Sabah (7.3 juta) dan Pulau Pinang (6.4 juta).

Dalam pada itu, bilangan pelancong asing yang melawat Malaysia pada tahun lalu meningkat kepada 26.1 juta pelancong berbanding 25.8 juta pelancong pada 2018.

Pelancong luar paling ramai yang mengunjungi Malaysia pula ialah dari Singapura (10.2 juta), Indonesia (3.6 juta), China (3.1 juta) dan Thailand (1.9 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI