fbpx

Preity Zinta tidak pernah tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PREITY ZINTA

KEJELITAAN aktres Bollywood, Preity Zinta seperti tidak pernah dimakan usia.

Dia bahkan dilihat semakin cantik biarpun telah lama hilang darai latar perak.

Baru-baru ini, beberapa keping foto terbaharunya yang dimuat naik menerusi media sosial mengundang perhatian ramai.

Foto yang dikongsikan pelakon yang kini menetap di Amerika Syarikat itu menunjukkan dia mengenakan sepasang busana elegan berona ungu sehingga menampakkan bahagian dalam tubuhnya yang seksi.

Busana bercorak bunga-bungaan yang dipakai juga menyerlahkan kecantikan semula jadi pelakon yang sinonim dengan lesung pipit di pipi itu.

Biarpun telah bergelar ibu, bentuk tubuh dan kulit pelakon yang popular menerusi filem Har Dil Jo Pyar Karega itu kelihatan sama seperti zaman anak dara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI