fbpx

Kuala Lumpur dapat undian bye Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIDZAM ADZHA mengingatkan anak-anak buahnya memperbaiki segala kelemahan menjelang aksi Piala Malaysia yang akan bermula minggu ini meskipun diberi undian bye pada peringkat kalah mati dalam undian semalam.

KETUA jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusoff mahu anak-anak buahnya memberi tumpuan penuh pada aksi Piala Malaysia selepas tewas mengejut 0-2 pada perlawanan terakhir Liga Premier di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Beliau berkata, tumpuannya kini mahu pemainnya memperbaiki segala kelemahan menjelang aksi Piala Malaysia yang akan bermula minggu ini meskipun diberi undian bye pada peringkat kalah mati selepas pasukan Sabah digugurkan.

“Saya berpuas hati dengan apa yang barisan pemain pamerkan pada perlawanan ini walaupun tewas. Ia bukanlah aksi yang mudah khususnya menentang pasukan Kuching FA yang mempunyai momentum kemenangan.

“Barisan pemain sudah berusaha sehabis baik tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan. Kini, kita harus segera melupakan kekalahan itu dan pemain perlu memberi tumpuan pada aksi Piala Malaysia nanti,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Kuching FA di bawah kendalian Akira Higashiyama meraih kemenangan kelima berturut-turut menerusi jaringan Bryan Anicezio pada minit ke- 21 dan Yuta Suzuki berselang dua minit kemudian.

Sementara itu, kapten pasukan Kuching FA, Joseph Kalang Tie mahu rakan-rakan sepasukan membawa momentum kejayaan meraih kedudukan keempat Liga Premier ke pentas Piala Malaysia meskipun diundi dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kita telah meraih lima kemenangan berturut-turut dalam Liga Premier sehingga pasukan mendaki carta liga dengan menamatkan saingan di kedudukan keempat. Ia adalah keputusan positif dan saya harap kecemerlangan ini diteruskan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI