fbpx

Jangan berani sentuh Depay – Garcia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY menjadi pemain buruan Koeman untuk memperkuatkan jentera serangan Barcelona pada jendela perpindahan yang dibuka semula Januari depan.

LYON – Jurulatih Olympique Lyon, Rudi Garcia memberi amaran terhadap pengendali Barcelona, Ronald Koeman berhubung tindakannya untuk mendapatkan Memphis Depay pada jendela perpindahan lalu.

Koeman hampir membawa masuk penyerang Lyon itu ke Camp Nou musim ini selepas Depay dikatakan sudah bersetuju dengan terma peribadi, namun perpindahan itu tidak berlaku selepas kedua-dua kelab gagal mencapai persetujuan.

Bagaimanapun, Koeman tidak berputus asa apabila beliau tetap berharap untuk mendapatkan pemain antarabangsa Belanda itu pada jendela perpindahan akan datang.

Justeru, tindakan bekas jurulatih pasukan Belanda itu menyebabkan Garcia berang dan sedia untuk berdepan Koeman bagi menyelesaikan isu ber­kenaan.

“Tolong ingatkan saya untuk melakukan terjahan ke atas Koeman apabila tiba masanya. Saya sudah bosan mendengar cerita mereka mahu mendapatkan pemain kami.

“Mungkin ini bukan masa yang sesuai, namun apabila tiba masanya, saya akan berdepan dengan beliau (Koeman). Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku,” tegasnya.

Sejak melakukan penampilan pertama pada Liga Perancis tiga tahun lalu, Depay menunjukkan prestasi mengagumkan apabila sudah menjaringkan 48 gol bersama Lyon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI