fbpx

Fitri tersisih daripada Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUANG Fitri (depan) berada dalam pasukan kebangsaan masih belum tertutup meskipun namanya digugurkan daripada skuad utama tahun ini.

PEMAIN tengah berpengaruh, Mohd. Fitri Saari terpaksa me­nerima hakikat apabila namanya digugurkan buat kali kedua daripada skuad utama pasukan hoki kebangsaan tahun ini.

Ia selepas namanya tiada dalam senarai pendek 30 pemain yang diumumkan oleh Konfe­derasi Hoki Malaysia (MHC) menerusi ketua jurulatih, Arul Selvaraj dan pengurus Malaysian Tigers, Datuk Mirnawan Nawawi semalam.

Situasi berbeza buat abang Fitri iaitu Faizal apabila nama penyerang prolifik itu kekal dalam senarai selepas mereka berdua digugurkan oleh pengendali terdahulu, Roelant Otlmans awal tahun ini.

Keputusan itu me­nimbulkan pertikaian dalam ka­langan para peminat sukan hoki, namun Arul mempunyai alasan tersendiri selepas menggugurkan bintang Terengganu berusia 27 tahun itu.

“Saya ada bercakap dengan Fitri sebelum ini mengenai apa yang dia boleh bagi kepada pasukan. Setakat ini, dari segi prestasi, dia masih belum dapat memikat hati saya.

“Kemam­puan Fitri untuk kembali beraksi masih belum mampu meyakinkan saya. Buat masa sekarang, dia tiada dalam perancangan saya,” katanya pada sidang akhbar yang dilakukan secara online di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Arul mene­gaskan Fitri masih berpeluang kembali disenaraikan jika me­nunjukkan pres­tasi memberangsangkan pada ­Liga Hoki Malaysia (MHL) awal tahun depan.

“Sekiranya dia menunjukkan ketangkasan, usaha serta sikap yang baik dalam saingan liga (MHL) nanti, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk membawanya semula dalam skuad kebangsaan,” jelasnya.

Selain itu, Arul turut menyenaraikan empat muka baharu yang masih belum mempunyai kaps antarabangsa iaitu Muhamad Shafie Sahrom, Zulpidaus Mi­zun, Pavandip Singh Gurdip Singh dan Nur Rahul Hrisikesa Mohd. Murni Tatchana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI