fbpx

Khabib akan kembali gegar gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHABIB dipercayai bakal kembali ke gelanggang kerana dia dikatakan mengumumkan persaraannya itu ketika dalam keadaan beremosi.

LONDON – Presiden UFC, Dana White yakin bintang seni bela campuran dunia, Khabib Nurmagomedov akan menarik semula keputusannya bersara dan percaya petinju Rusia tersebut akan kembali untuk pertarungan terakhir.

Khabib membuat keputusan mengejutkan dengan bersara selepas menewaskan Justin ­Gaethje pada saingan UFC 254 minggu lalu selepas meraih rekod bersih tanpa tewas iaitu 29 kemenangan.

White mendedahkan, pihak­nya sudah bertemu dengan Khabib dan menjelaskan bahawa juara lightweight tersebut me­ngumumkan persaraannya sebelum ini kerana terlalu beremosi ketika itu.

“Khabib dan saya telah me­lakukan perbincangan. Pada perlawanan tersebut dia mengakui terlalu beremosi selepas berjaya menewaskan lawannya Gaethje. Saya yakin dia mungkin akan kembali ke gelanggang untuk memburu kemenangan 30-0,” kata White.

Dalam pada itu, White turut mengakui rekod kemenangan yang ke-30 merupakan harapan dan impian arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

“Saya fikir dia (Khabib) tidak akan bersara. Bapanya ingin melihat anaknya terus berjaya. Saya fikir Khabib akan menghormati keinginan ayahnya,” tambah White.

Ketua jurulatih Khabib, Javier Mendez turut mengakui hanya masa akan menentukan kepulangannya untuk kembali bertarung.

“Melihat kepada emosinya, dia menangis dan fikirannya tidak menentu arah ketika itu. Saya yakin hanya masa akan menentukan kehadirannya ke gelanggang semula” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI