fbpx

Kerajaan adil beri BPN kepada penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

KUALA LUMPUR – Kerajaan bertindak adil kerana turut memberi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada penjawat awam walaupun mereka masih menerima gaji seperti biasa semasa negara berhadapan wabak Covid-19.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, penularan wabak Covid-19 turut menjejaskan pendapatan isi rumah penjawat awam.

“Tidak semua pasangan penjawat awam bekerja dalam sektor kerajaan. Ada pasangan suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta yang mungkin turut terjejas pendapatan mereka.

“Penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dengan LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) perlu bayar pinjaman seperti biasa walaupun ada pasangan mereka dibuang kerja, tidak dapat berniaga atau terjejas pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan seorang perunding kewangan semalam bahawa penjawat awam tidak sepatutnya menerima BPN.

Menurut perunding kewangan itu, BPN sepatutnya hanya diterima golongan yang benar-benar terjejas akibat pandemik Covid-19.

Adnan berkata, pemberian BPN tidak mengira sektor pekerjaan awam atau swasta kerana isi rumah yang dikategorikan sebagai B40 atau M40 perlu dibantu.

Kata beliau, tidak adil jika ada pihak terus melabelkan atau membuat keputusan berhubung pemberian BPN kepada penjawat awam
dengan hanya melihat dalam konteks yang sempit.

“Kerajaan menetapkan pemberian BPN kepada isi rumah yang berada pada kelas B40 dan M40 selain individu yang tergolong dalam senarai B40 dan M40.

“Penetapan kelas B40 dan M40 ini tidak mengambil kira sama ada mereka bekerja di sektor kerajaan atau sektor swasta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI