fbpx

Akad nikah di Selangor dibenarkan bermula 2 November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan upacara akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 2 November depan.

Pengarahnya, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pelaksanaan akad nikah itu dibenarkan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) seluruh Selangor dengan kehadiran dan jumlah temujanji yang terhad.

Katanya, kebenaran akad nikah itu tertakluk kepada enam syarat termasuk hanya lima upacara akad nikah dibenarkan dalam satu hari bermula Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Pemohon lelaki dan perempuan telah mendapat kebenaran berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 daripada PAID.

“Hanya tiga orang sahaja dibenarkan hadir untuk akad nikah itu iaitu pengantin lelaki dan perempuan serta wali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menambah, kebenaran akad nikah itu kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab mereka mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa.

Jelas Mohd. Shahzihan, cadangan upacara akad nikah yang mendapatkan kebenaran Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID.

“Sehubungan itu, mereka yang ingin membuat temujanji bagi akad nikah itu boleh menghubungi PAID berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula 27 Oktober lalu.

PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang sepatutnya tamat pada Selasa lalu dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI